Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum Jami`an!!!!

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum Jami`an!!!! dan Selamat Datang dan Monggo Mampir ke blog Syahiidd.blogspot.com, Semoga paparan yang diutarakan mendapat tempat dihati anda dan kini saya menyediakan MINI LIBRARY bagi anda yang berminat mendapatkan buku bacaan terkini dipasaran atau melalui penulis saya sendiri... Selamat menimba ilmu dan beramal dengan ilmu!!!

Jumaat, 26 Jun 2009

Azab Allah Berlaku Hanya Ketika Manusia Lupa AkanNya..

Azab Allah Subkhaanahu Wata`aala Adalah Suatu Azab Yang Tidak Dapat Digambarkan

Azab Allah Subkhaanahu Wata`aala adalah suatu yang tidak dapat gambarkan dengan mata manusia atau panca indera manusia. Ini kerana manusia hanya dapat mengetahui kepanasan dan bahang api neraka namun tidak lagi merasai kesengsaraan azab Allah lebih-lebih lagi ketika berada dalam siksaan yang dahsyat di hari kiamat nanti.

Cubalah kita bayangkan bagimana Allah Subkhaanahu Wata`aala mengazab bagi orang yang kufur pada ayat-ayat Allah yangmana balasan azabnya iaitu apabila dimasak dengan bahang azab didalam neraka ketikamana masak atau matang akan daging kulit yang berada pada jasad tubuh manusia maka akan berada dalam keperitan dan ditumbukan pula oleh Allah dengan kulit yang lain sehingga dosa-dosa yang ada pada diri seorang hamba itu terhapus. Maka tidak hairanlah bahawa kemurkaan Allah itu kekadang tidak dapat digambarkan atau melalui kemurkaannya sahaja membuktikan keagungan kehebatan dan sifat Allah Yang Maha Menghitung atau mengira setiap amalan manusia sama ada yang manusia itu sendiri lakukan dengan sengaja atau tanpa disedari oleh dirinya sendiri.

Cuba bayangkan dosa kita, adakah masih mampu kita muhasabah atau yang paling penting sempena Ramadhan 09` yang akan tiba ini, perbaikilah diri kita, amalan kita, ibadah kita dan jadikanlah hari-hari yang mendatang ini, atau akhir tahun ini sebagai hari-hari yang bersejarah dalam abadi kita sementara di dunia.

Dan teruskanlah kita sama berdoa dalam solat khusyuk tawaduk kita`:

"Ya Allah, berikanlah keberkatan pada bulan Rejab, dan berkatilah juga pada bulan Syakban dan sampaikanlah (bulan yang dinanti-nanti) bulan Ramadhan" Amin...






Tiada ulasan:

Catat Ulasan