Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum Jami`an!!!!

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum Jami`an!!!! dan Selamat Datang dan Monggo Mampir ke blog Syahiidd.blogspot.com, Semoga paparan yang diutarakan mendapat tempat dihati anda dan kini saya menyediakan MINI LIBRARY bagi anda yang berminat mendapatkan buku bacaan terkini dipasaran atau melalui penulis saya sendiri... Selamat menimba ilmu dan beramal dengan ilmu!!!

Sabtu, 20 Jun 2009

"Masa Adalah Harga Diri Kita"


"Masa Adalah Harga Diri Kita"


Dalam sedar dan terlupa, kita sebenarnya leka dibuai masa yang banyak telah kita sia-siakan. Masa adalah aset terpenting dalam seluruh kehidupan kita. Jangan sia-siakan masa muda yang kita kecapi kerana nikmat ini adalah amat besar dan sangat berharga dalam diri kita seluruhnya. Masa sangat menjadi penentu dalam kehidupan kita sekarang dan masa akan datang.



Jangan sering memandang kebelakang melihat kejayaan dan kegagalan dalam menempuh cabaran dalam hidup. Atau jangan pula sering memandang kehadapan melihat masa hadapan yang belum pernah ada kesudahan dalam bayangan fikiran hayalan imigenasi. Maksudnya bukanlah dibuangkan semuanya atau diambil semuanya. Akan tetapi Islam menggalakkan kita mengambil pertengahan dan jangan terlalu melampaui batas dalam membuat keputusan dan berserdahana dalam tindakan kita. Semoga sagala urusan kita mendapat petunjuk dan bimbingan dari Allah Ta'aala.