Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum Jami`an!!!!

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum Jami`an!!!! dan Selamat Datang dan Monggo Mampir ke blog Syahiidd.blogspot.com, Semoga paparan yang diutarakan mendapat tempat dihati anda dan kini saya menyediakan MINI LIBRARY bagi anda yang berminat mendapatkan buku bacaan terkini dipasaran atau melalui penulis saya sendiri... Selamat menimba ilmu dan beramal dengan ilmu!!!

Rabu, 12 Ogos 2009

Azab Allah Sangat Berlaku Pantas Bagi Mereka Yang Berdosa Pada Allah,,,,

Tidak pernah putus-putus anugerah rahmat Allah kita hirup, kita rasai dengan lidah, kita cium keharumannya, kita berjalan pada tempat yang sangat cantik, kita merasai dengan jelas suara-suara manusia dan makhluk yang mempunyai suara yang indah dan merdu. Segalanya adalah nikmat kecil yang tidak ada bandingannya sekiranya dibandingkan hasil fikiran akal kita dengan nikmat kesihatan dan kelapangan waktu. Ini kerana dari situlah terletaknya nikmat Islam serta iman yang bertapak dalam hati berpautan dalam kasih sayang yang hanya kita harapkan dari Allah.

Belum senja lagi jikalau dihati kita masih inginkan kita bersama pelukan tidur dengan bantal di kubur nanti dengan pelukan keimanan kepada Allah.

Hayatilah Islam dalam harian, tidak jemu meneguk walau hanya seteguk tegukan nikmat isi buah dan manisan dari Islam. Jalan masih rata dan tidak perlu kita simpang-siurkan. Segalanya sudah ada dalam Islam yang membantu kita keluar dari kegelapan kepada cahaya, membawa kita juga dari kesusahan kepada jalan keluar yang nyata dan mudah dengan kesamaan bergantungan bersama Allah. Semoga Berjaya dalam amalan!!

Khamis, 6 Ogos 2009

Seminar Anjuran PUM

SEMINAR NAJIS MUGHALLAZAH DALAM DUNIA KONTEMPORARI
Written by Azmi
Thursday, 30 July 2009
SEMINAR FENOMENA NAJIS MUGHALLAZAH DALAM DUNIA KONTEMPORARI

TARIKH : SABTU, 08 OGOS 2009
MASA : 8.00 PAGI – 5.00 PETANG
TEMPAT : DEWAN AUDITORIUM SIRIM BERHAD,
NO. 1, PERSIARAN DATO' MENTERI, SEKSYEN 2, SHAH ALAM, SELANGOR

ANJURAN : Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Selangor (PUMSEL),
Persatuan Kakitangan Islam SIRIM (PERKIS),
Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM) dan
Fakulti Perubatan Veterinar Universiti Putra Malaysia

Tajuk dan Pembentang :

”Standard Halal MS 1500:2004 – Pengenalan” - Ustaz Mohd Yusof Arbain (SIRIM Berhad)

“Babi Menurut Perspektif Aqidah Islam Dan Agama-Agama Lain” - Ustaz Rumaizi bin Ahmad (PUM Selangor)

“Ikhtilaf (Perbezaan Pendapat) Ulama Dalam Masalah Babi - Ustaz Mohd Nidzam Abdul Kadir (UIAM)

“Pendekatan Istihalah (Transformasi) Dalam Produk Yang Berunsurkan Babi” - Dr. Saadan Bin Man (APIUM)

“Penggunaan Babi Dalam Sains dan Teknologi” - Prof. Dato’ Dr Sheikh Omar Abdul Rahman (UPM)

“Keperluan Penternakan Babi Moden di Malaysia”- Prof Madya Dr. Loh Teck Chwen (UPM)

“Penternakan Babi dan Hak Bukan Islam Dalam Negara Islam : Satu Tinjauan Berdasarkan Siyasah Syar’iyyah dan Sejarah Islam” - Dr. Mohd Roslan Mohd Nor (APIUM)

“Bahan-bahan Babi dalam Kepenggunaan Menurut Pandangan Hukum Fikah” - Ustaz Haji Zainal Abidin Jaafar (HDC)

“Aplikasi Sains Dalam Mengesan Produk Babi Dalam Makanan Dan Perubatan”- Prof Madya Dr. Suhaimi Mustafa (UPM)

”Babi dalam Pendidikan Veterinar : Suatu Panduan Menurut Fikah”- SS. Dato’ Setia Hj. Mohd Tamyes Abdul Wahid (Mufti Selangor)

Yuran Penyertaan :

Pertubuhan / Agensi Jabatan : RM150.00
Individu : RM 50.00
Pelajar / Mahasiswa (Ijazah Pertama) : RM 10.00

Bayaran adalah untuk seorang peserta meliputi kertas seminar dan makanan.

Pendaftaran Penyertaan :

Sila buat pendaftaran sebelum atau pada 06 Ogos 2009 dengan menghubungi:

Talian : 013-384 0710 (Azmi), 013-3007 193 (Sarah), 013-2221 579 (Ahani)
03-7955 4300 (PUM)
Faks : 03-7955 4300 (PUM)
Email : pumpusat@yahoo.com
Blog : http://ulamadaily.blogspot.com

Alamat :
Persatuan Ulama’ Malaysia
8-4, The Right Angle, Jalan 14/22, Sekysen 14,
46100 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan