Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum Jami`an!!!!

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum Jami`an!!!! dan Selamat Datang dan Monggo Mampir ke blog Syahiidd.blogspot.com, Semoga paparan yang diutarakan mendapat tempat dihati anda dan kini saya menyediakan MINI LIBRARY bagi anda yang berminat mendapatkan buku bacaan terkini dipasaran atau melalui penulis saya sendiri... Selamat menimba ilmu dan beramal dengan ilmu!!!

Isnin, 26 April 2010

Darul Hoda

Kelas Baru Di buka Sekarang Pendaftarannya berakhir 10 Mei 2010 Di Padang Jawa, Klang

KELAS FARDHU `AIN DARUL HODA
Alamat: No 26, Lot 640A, Jalan Mat Raji, Kampung Padang Jawa, 41300 Klang Selangor.










.

Rabu, 20 Januari 2010

KELAS AL-QUR'AN DAN BAHASA ARAB DIRUMAH, DAN KELAS DI ALFALAKH ISLAMIC STUDY CENTRE DI USJ 21.



Assalamu'alaikum Warokhmatullaahi Wabarokaatuh,,,,,,,,,,,,,

Mencari ilmu sebagai sumber cahaya hidup??,,, Mencari panduan yang boleh mendatangkan ketenangan hidup??,,,


SEGALANYA ADA DI KELAS MENGAJI AL-QUR'AN DAN KELAS BAHASA ARAB
KELAS TERBUKA KEPADA SEMUA PERINGKAT UMUR,,, DAN DIGALAKKAN KEPADA SEKELUARGA YANG INGINKAN MEMPELAJARINYA DENGAN BAIK.



BERSAMA: USTAZ SYAHIIDD ISKANDARANIY
TURUT BERSAMA: USTAZAH HODA

FEES: SEJAM DIKENAKAN RM50, BAGI SETIAP KELAS DIRUMAH.

KELAS: JIKA KELAS DI RUMAH ANDA ADALAH DISEKITAR KAWASAN MAYDIN SUBANG JAYA, USJ16, USJ 21, PUTRA HEIGHT, SEKSYEN 27 SHAH ALAM, SEKSYEN 3 SHAH ALAM, DAN KAWASAN SEKITAR PADANG JAWA KLANG.

SEKOLAH: AL-FALAKH ISLAMIC STUDY CENTRE USJ 21. (BAGI MEREKA YANG TIDAK BERPELUANG UNTUK SEKOLAH AGAMA. PENDAFTARAN RM50.00 DAN YURAN BULANAN RM 50 BAGI SETIAP PELAJAR ATAU SEKELUARGA DIKENAKAN CAJ YANG SAMA).

HUBUNGI: SEBARANG PERTANYAAN ANDA BOLEH HUBUNGI USTAZ SYAHIIDD ISKANDARANIY
DI TALIAN
017-6194701

Rabu, 12 Ogos 2009

Azab Allah Sangat Berlaku Pantas Bagi Mereka Yang Berdosa Pada Allah,,,,

Tidak pernah putus-putus anugerah rahmat Allah kita hirup, kita rasai dengan lidah, kita cium keharumannya, kita berjalan pada tempat yang sangat cantik, kita merasai dengan jelas suara-suara manusia dan makhluk yang mempunyai suara yang indah dan merdu. Segalanya adalah nikmat kecil yang tidak ada bandingannya sekiranya dibandingkan hasil fikiran akal kita dengan nikmat kesihatan dan kelapangan waktu. Ini kerana dari situlah terletaknya nikmat Islam serta iman yang bertapak dalam hati berpautan dalam kasih sayang yang hanya kita harapkan dari Allah.

Belum senja lagi jikalau dihati kita masih inginkan kita bersama pelukan tidur dengan bantal di kubur nanti dengan pelukan keimanan kepada Allah.

Hayatilah Islam dalam harian, tidak jemu meneguk walau hanya seteguk tegukan nikmat isi buah dan manisan dari Islam. Jalan masih rata dan tidak perlu kita simpang-siurkan. Segalanya sudah ada dalam Islam yang membantu kita keluar dari kegelapan kepada cahaya, membawa kita juga dari kesusahan kepada jalan keluar yang nyata dan mudah dengan kesamaan bergantungan bersama Allah. Semoga Berjaya dalam amalan!!

Khamis, 6 Ogos 2009

Seminar Anjuran PUM

SEMINAR NAJIS MUGHALLAZAH DALAM DUNIA KONTEMPORARI
Written by Azmi
Thursday, 30 July 2009
SEMINAR FENOMENA NAJIS MUGHALLAZAH DALAM DUNIA KONTEMPORARI

TARIKH : SABTU, 08 OGOS 2009
MASA : 8.00 PAGI – 5.00 PETANG
TEMPAT : DEWAN AUDITORIUM SIRIM BERHAD,
NO. 1, PERSIARAN DATO' MENTERI, SEKSYEN 2, SHAH ALAM, SELANGOR

ANJURAN : Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Selangor (PUMSEL),
Persatuan Kakitangan Islam SIRIM (PERKIS),
Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM) dan
Fakulti Perubatan Veterinar Universiti Putra Malaysia

Tajuk dan Pembentang :

”Standard Halal MS 1500:2004 – Pengenalan” - Ustaz Mohd Yusof Arbain (SIRIM Berhad)

“Babi Menurut Perspektif Aqidah Islam Dan Agama-Agama Lain” - Ustaz Rumaizi bin Ahmad (PUM Selangor)

“Ikhtilaf (Perbezaan Pendapat) Ulama Dalam Masalah Babi - Ustaz Mohd Nidzam Abdul Kadir (UIAM)

“Pendekatan Istihalah (Transformasi) Dalam Produk Yang Berunsurkan Babi” - Dr. Saadan Bin Man (APIUM)

“Penggunaan Babi Dalam Sains dan Teknologi” - Prof. Dato’ Dr Sheikh Omar Abdul Rahman (UPM)

“Keperluan Penternakan Babi Moden di Malaysia”- Prof Madya Dr. Loh Teck Chwen (UPM)

“Penternakan Babi dan Hak Bukan Islam Dalam Negara Islam : Satu Tinjauan Berdasarkan Siyasah Syar’iyyah dan Sejarah Islam” - Dr. Mohd Roslan Mohd Nor (APIUM)

“Bahan-bahan Babi dalam Kepenggunaan Menurut Pandangan Hukum Fikah” - Ustaz Haji Zainal Abidin Jaafar (HDC)

“Aplikasi Sains Dalam Mengesan Produk Babi Dalam Makanan Dan Perubatan”- Prof Madya Dr. Suhaimi Mustafa (UPM)

”Babi dalam Pendidikan Veterinar : Suatu Panduan Menurut Fikah”- SS. Dato’ Setia Hj. Mohd Tamyes Abdul Wahid (Mufti Selangor)

Yuran Penyertaan :

Pertubuhan / Agensi Jabatan : RM150.00
Individu : RM 50.00
Pelajar / Mahasiswa (Ijazah Pertama) : RM 10.00

Bayaran adalah untuk seorang peserta meliputi kertas seminar dan makanan.

Pendaftaran Penyertaan :

Sila buat pendaftaran sebelum atau pada 06 Ogos 2009 dengan menghubungi:

Talian : 013-384 0710 (Azmi), 013-3007 193 (Sarah), 013-2221 579 (Ahani)
03-7955 4300 (PUM)
Faks : 03-7955 4300 (PUM)
Email : pumpusat@yahoo.com
Blog : http://ulamadaily.blogspot.com

Alamat :
Persatuan Ulama’ Malaysia
8-4, The Right Angle, Jalan 14/22, Sekysen 14,
46100 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan

Sabtu, 18 Julai 2009

Membaca Menambah Ilmu.

MINI LIBRARY


MEMANDANGKAN PERMINTAAN YANG MENGGALAKKAN!!

Disini saya menyediakan perkhidmatan penghantaran buku terus ke rumah anda,,,,,
sekiranya berminat anda boleh terus sms pada no.hp 017-6194701
(Ustaz Syahiidd Iskandaraniy)

BAGI SESIAPA YANG BERMINAT UNTUK MENDAPATKAN BUKU TERBARU KELUARAN PTS DAN PUSTAKA MUJADID.

TAJUK BUKU BERKENAAN;


1) YAKJUJ & MAKJUJ BENCANA DI SEBALIK GUNUNG oleh Muhammad Alexander berharga RM45,oo (harga siap dengan penghantaran pos laju)


2) DAJJAL 'SUDAH MUNCUL DI KHURASAN oleh Abu Fatiah Al-Adnani berharga RM45.00 (harga siap dengan penghantaran pos laju)


Sebarang bayaran boleh dibuat melalui bank;

AmBank: 0780012007098

Bank Muamalat: 12060012593720

Rabu, 1 Julai 2009

Rancangan Ewah-Ewah Sudah Keterlaluan

Seorang wanita muslim yang semakin lama semakin keterlaluan
Dalam rancangan disiarkan pada 1/7/09' dalam sekitar jam 11 pagi, wanita yang mengendali rancangan Ewah-Ewah dan sudah popular dikalangan artis perempuan sudah berasa malu pada dirinya sendiri akibat pakaian dan watak yang keterlaluan dalam rancangan hiburan berkenaan. Wanita berkenaan mengendali rancangan berkenaan bergandingan dengan Wahid yang menggantikan bekas juara lawak.
Wanita tersebut telah terselak akan pakaiannya yang menampakkan buah dadanya. Menampakkan wajahnya yang berlasa malu dan menutup semula pakaiannya. Malu dengan manusia yang memandangnya tapi lupa malunya kepada Allah. Tidak segan silu manari ala timur tengah dan berpegangan tangan dengan lelaki dalam rancangan berkenaan.
Wanita berkenaan juga mengendali pengacara berkenaan dan pada setiap kali mengendali rancangan berkenaan menampilkan pelbagai pakaiannya yang seksi dan berwatak seksi. Sungguh memalukan kaum melayu wanita di Malaysia.
Semoga tulisan ini menjadi pengajaran kepada kita semua. Ameen.

Jumaat, 26 Jun 2009

Azab Allah Berlaku Hanya Ketika Manusia Lupa AkanNya..

Azab Allah Subkhaanahu Wata`aala Adalah Suatu Azab Yang Tidak Dapat Digambarkan

Azab Allah Subkhaanahu Wata`aala adalah suatu yang tidak dapat gambarkan dengan mata manusia atau panca indera manusia. Ini kerana manusia hanya dapat mengetahui kepanasan dan bahang api neraka namun tidak lagi merasai kesengsaraan azab Allah lebih-lebih lagi ketika berada dalam siksaan yang dahsyat di hari kiamat nanti.

Cubalah kita bayangkan bagimana Allah Subkhaanahu Wata`aala mengazab bagi orang yang kufur pada ayat-ayat Allah yangmana balasan azabnya iaitu apabila dimasak dengan bahang azab didalam neraka ketikamana masak atau matang akan daging kulit yang berada pada jasad tubuh manusia maka akan berada dalam keperitan dan ditumbukan pula oleh Allah dengan kulit yang lain sehingga dosa-dosa yang ada pada diri seorang hamba itu terhapus. Maka tidak hairanlah bahawa kemurkaan Allah itu kekadang tidak dapat digambarkan atau melalui kemurkaannya sahaja membuktikan keagungan kehebatan dan sifat Allah Yang Maha Menghitung atau mengira setiap amalan manusia sama ada yang manusia itu sendiri lakukan dengan sengaja atau tanpa disedari oleh dirinya sendiri.

Cuba bayangkan dosa kita, adakah masih mampu kita muhasabah atau yang paling penting sempena Ramadhan 09` yang akan tiba ini, perbaikilah diri kita, amalan kita, ibadah kita dan jadikanlah hari-hari yang mendatang ini, atau akhir tahun ini sebagai hari-hari yang bersejarah dalam abadi kita sementara di dunia.

Dan teruskanlah kita sama berdoa dalam solat khusyuk tawaduk kita`:

"Ya Allah, berikanlah keberkatan pada bulan Rejab, dan berkatilah juga pada bulan Syakban dan sampaikanlah (bulan yang dinanti-nanti) bulan Ramadhan" Amin...