Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum Jami`an!!!!

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum Jami`an!!!! dan Selamat Datang dan Monggo Mampir ke blog Syahiidd.blogspot.com, Semoga paparan yang diutarakan mendapat tempat dihati anda dan kini saya menyediakan MINI LIBRARY bagi anda yang berminat mendapatkan buku bacaan terkini dipasaran atau melalui penulis saya sendiri... Selamat menimba ilmu dan beramal dengan ilmu!!!

Jumaat, 26 Jun 2009

Azab Allah Berlaku Hanya Ketika Manusia Lupa AkanNya..

Azab Allah Subkhaanahu Wata`aala Adalah Suatu Azab Yang Tidak Dapat Digambarkan

Azab Allah Subkhaanahu Wata`aala adalah suatu yang tidak dapat gambarkan dengan mata manusia atau panca indera manusia. Ini kerana manusia hanya dapat mengetahui kepanasan dan bahang api neraka namun tidak lagi merasai kesengsaraan azab Allah lebih-lebih lagi ketika berada dalam siksaan yang dahsyat di hari kiamat nanti.

Cubalah kita bayangkan bagimana Allah Subkhaanahu Wata`aala mengazab bagi orang yang kufur pada ayat-ayat Allah yangmana balasan azabnya iaitu apabila dimasak dengan bahang azab didalam neraka ketikamana masak atau matang akan daging kulit yang berada pada jasad tubuh manusia maka akan berada dalam keperitan dan ditumbukan pula oleh Allah dengan kulit yang lain sehingga dosa-dosa yang ada pada diri seorang hamba itu terhapus. Maka tidak hairanlah bahawa kemurkaan Allah itu kekadang tidak dapat digambarkan atau melalui kemurkaannya sahaja membuktikan keagungan kehebatan dan sifat Allah Yang Maha Menghitung atau mengira setiap amalan manusia sama ada yang manusia itu sendiri lakukan dengan sengaja atau tanpa disedari oleh dirinya sendiri.

Cuba bayangkan dosa kita, adakah masih mampu kita muhasabah atau yang paling penting sempena Ramadhan 09` yang akan tiba ini, perbaikilah diri kita, amalan kita, ibadah kita dan jadikanlah hari-hari yang mendatang ini, atau akhir tahun ini sebagai hari-hari yang bersejarah dalam abadi kita sementara di dunia.

Dan teruskanlah kita sama berdoa dalam solat khusyuk tawaduk kita`:

"Ya Allah, berikanlah keberkatan pada bulan Rejab, dan berkatilah juga pada bulan Syakban dan sampaikanlah (bulan yang dinanti-nanti) bulan Ramadhan" Amin...






Rabu, 24 Jun 2009

Sangat Releven Hukum Allah Subkhaanahu Wata`aala

Masa Menentukan Keagungan Dan Kehebatan Kekuasaan Allah

Tidak sesiapapun yang mampu memikirkan kehendak dan keagungan Allah 'Azzawajalla. Masa demi masa mendepani kehendak kita kekadang memalingkan diri kita dari menerimaNya. Walau hanya dengan bertudung kepala bagi wanita sebagai cara menutup aurat. Namun melebihi dari itu kekadang dianggap melampau atau belebihan dalam memilih Islam sebagai cara hidup. Ternyata jawapan dari Allah sebenarnya "tidak". Menutup aurat bagi wanita pada sebahagian dari wajah muka bagi wanita, atau menutup wajah segalanya adalah disebut sebagai terlampau atau jumud dalam memilih Islam ternyata virus effluanza H1N1 menjawab persoalan hijab bagi wanita.

Maka jawapannya tepat bergantung, terletak pada keimanan kita yang endah berada dimana dalam menyatakan Islam itu indah dalam kehidupan kita. Maka seolahnya yang berada dalam hati kita itu Islam ini masih kurang indah, masih kurang dalam kemanisan dalam amalannya, atau masih kurang secocok dalam hati sanubari kita adalah menunjukkan kelemahan dalam keimanan kita pada Allah Subkhaanahu Wata`aala.

Masakan kita masih belum tersedar dari tidur atau mengharap hidayah berkunjung tiba dirumah hati kita sebenarnya sasaran niat itu yang salah. Niat hanya mampu diubah dengan amalan yang tepat dan pilihan yang benar selagimana tidak bertentangan dengan syariat Allah. Bagimana pula kita yang tidak suka kepada Islam?. Jawapannya: Allah tidak akan suka padanya selagimana tidak mampu kita atau menganggap Islam sebagai warak?, Islam dianggap sebagai Alim?, atau Islam dianggap sebagai kepartian seperti PAS?, atau Islam dianggap sebagai khusus kepada ahli masjid, pak lebai, pak bilal, tok imam.


Kerjaya ibadah ini hanya dianggap oleh masyarakat kuno kini sebagai sia-sia atau "tidak boleh buat duit" atau "takde untung" atau tidak menjanjikan apa-apa masa depan yang cerah adalah salah. Masa demi masa menjelaskan semua ini apabila nilaian mereka semakin berharga apatah lagi apabila dilakukan secara profesional.

Ternayata dalam Islam ada ibadah, dalam Islam ada kerjaya, dan dalam Islam ada masa depan yang cerah, keputusan dalam peperiksaan yang membanggakan apabila menekuninya dalam bidang Al-Qur`an atau bacaan Al-Qur`an sebagai mukjizat terbesar dari Rasulullah s.a.w.

Sabtu, 20 Jun 2009

"Masa Adalah Harga Diri Kita"


"Masa Adalah Harga Diri Kita"


Dalam sedar dan terlupa, kita sebenarnya leka dibuai masa yang banyak telah kita sia-siakan. Masa adalah aset terpenting dalam seluruh kehidupan kita. Jangan sia-siakan masa muda yang kita kecapi kerana nikmat ini adalah amat besar dan sangat berharga dalam diri kita seluruhnya. Masa sangat menjadi penentu dalam kehidupan kita sekarang dan masa akan datang.



Jangan sering memandang kebelakang melihat kejayaan dan kegagalan dalam menempuh cabaran dalam hidup. Atau jangan pula sering memandang kehadapan melihat masa hadapan yang belum pernah ada kesudahan dalam bayangan fikiran hayalan imigenasi. Maksudnya bukanlah dibuangkan semuanya atau diambil semuanya. Akan tetapi Islam menggalakkan kita mengambil pertengahan dan jangan terlalu melampaui batas dalam membuat keputusan dan berserdahana dalam tindakan kita. Semoga sagala urusan kita mendapat petunjuk dan bimbingan dari Allah Ta'aala.

Jumaat, 19 Jun 2009

Azab Allah Tiada Terhingga Bagi Orang Yang Berpaling Dari Mengingati Allah Ta`aala


Berpaling Dari Mengingati Allah Adalah Bermakna Melupakan Allah


Manusia sering melupakan dirinya akan kembali kepangkuan Allah Ta`aala. Namun tanggungjawabnya mengingati Allah sering dilupakan dan menganggap segala ibadah yang dilakukan sama ada ketika berkerja Allah terkeluar daripada mengingati Allah. Sedangkan segalanya mestilah berada didalam rung lingkup mengingati Allah dan kita tidak boleh terlepas daripada mengingatinya dan firmanNya juga bermaksud: "Ingatlah aku, pasti Aku akan mengingati kamu, dan dan bersyukurlah kamu kepada Aku, dan janganlah kamu jangan menjadi orang yang kufur".